Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera.
Saya wakil penduduk Pulau Tioman, terutama Kampung Genting ingin mengambil sedikit ruang dan peluang untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2015.
Sesungguhnya Tahun 2014 yang bakal meninggalkan kita telah banyak melukiskan memori suka dan duka, pahit dan manis sebagai seorang yang serba kekurangan.
Sebagai peneraju pakej bercuti ke Pulau Tioman Terletak di Negeri Pahang ini, jauh di sanubari saya ingin sekali menyediakan banyak perkara sebagai kepuasan pelancong.
Nanum sebagai hamba Allah, saya hanya mempunyai kudrat upaya terbatas. Maka dalam keadaan ini saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan kepada saya nikmat kesihatan dan kekuatan jiwa dan sebagainya.
Rakan teman yang tidak membiarkan saya bersendirian dan pelancong yang penuh dengan budaya ihsan. Terima kasih semua.
Kesempatan ini juga, saya bagi pihak Tok Ketua dan penduduk kampung Pulau Tioman ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pelancong dan semua yang terlibat tidak putus-putus meluangkan masa dan wang ringgit untuk datang bercuti ke Pulau Tioman.
Demikian episod-episod kenangan kita mengakhiri 2014.
Akhir sekali izinkan saya mengucapkan tiga perkara sebelum 2014 melabuhkan tirainya bagi membuka laluan kepada 2015 untuk mencatatkan nota-nota kehidupan
1. TERIMA KASIH
Terima kasih saya ucapkan kepada pelancong yang menghubungi saya sepanjang tahun 2014, semoga tidak jemu menghubungi saya dimasa akan datang.
2. MAAF
Saya dan penduduk memohon maaf diatas kesilapan dan keterlanjuran jika ada.
3. DOA
Saya mendoakan kebaikan kepada pelancong yang datang supaya selamat datang dan pulang sepanjang percutian dan memohon doa dari kalian supaya Pulau Tioman dijauhkan bala bencana, wabak penyakit yang berat.
Sesungguhnya hanya kepada Allah saya berserah.
Sekian, wassalam.
Pengurus Pakej Pulau Tioman (original)