Show respect to the marine life - Kehidupan didalam air telah lama wujud sebelum adanya manusia, mencintai kehidupan dasar lautan adalah menjadi keutamaan bagi para penyelam di dunia. Menghormati kehidupan laut adalah satu nilai murni yang harus di tunjukkan kepada orang lain. Semasa anda menyelam, pastikan tidak melakukan kerosakkan kepada kehidupan laut seperti coral kerana akan memberi kesan kepada haiwan laut apabila coral mati.
Always perform continuous breathing - Teruskan bernafas seperti yang anda bernafas sekarang. Sekiranya anda menahan nafas sewaktu menaik boleh memecahkan paru-paru anda tanpa memberi isyarat bahaya. Ia disebabkan jumlah peningkatan udara didalam paru-paru anda.
NEVER HOLD YOUR BREATH!
Check your air pressure - Dalam setiap 5 minit, lihat / periksa alat tekanan anda (pressure gauge). Sekalipun anda seorang penyelam professional, jadikan itu satu amalan kerana kita tidak tahu samaada alat kita tiba-tiba gagal berfungsi tanpa kita sedari. Menyelam lebih dalam, periksa lebih kerap. Anda akan menghirup udara lebih yang lebih padat pada 30 meter daripada kebiasaan 15 meter. Jadi anda harus meningkatkan kekerapan cek pressure gauge apabila menyelam lebih mendalam.
Take good care before dives - Perkara seperti ini sering di remehkan. Rehat secukupnya sekurang-kurangnya 8 jam sebelum menyelam, jauhi alcohol. Selepas anda bangun pagi pastikan anda mengambil sarapan yang khasiat. Makan makanan ringan sebelum anda menyelam tetapi jangan menyelam sewaktu anda lapar kerana ia boleh membuat anda lapar dan pening.
Avoid yo-yo dive - Merancang selaman anda bersama kumpulan anda. Sekiranya anda bersetuju untuk menyelam dengan kumpulan anda sedalam 20 meter, mula naik perlahan-lahan selepas anda berakhir dengan 20 meter. Selepas kedalaman 20 meter dicapai, penyelam harus naik secara perlahan-lahan dan kembali ke permukaan pada akhirnya. Jangan mulakan untuk naik dari 20 meter kepada 15 meter dan kembali semula 20 meter. contoh seperti dibawah
Don't exceed your certification limits - Sekiranya anda pemegang lesen Open Water, had maksumim kedalaman anda adalah 18 meter. Jangan menyelam contohnya 25 meter tanpa latihan dan pengalaman yang betul. Ini akan menjejaskan diri anda sekiranya berlaku kecemasan. Jangan cuba menyelam di kawasan gua dan lokasi yang susah. Sekiranya ingin menyelam di kawasan gua, pastikan anda mendapat kebenaran daripada ketua (instructor) serta mengikut arahan ketua. Ingalah sewaktu anda mula-mula ingin mengambil lesen, anda telah diberi surat risiko tanggungjawab diri sendiri. Ingatlah bahawa had kedalaman mutlak maksimum bagi penyelam scuba rekreasi adalah 40 meter (kedalaman yang dicadang adalah 30 meter) Walaupun anda seorang deep diver, pengajar atau profesional penyelam di mana-mana tahap, anda tidak boleh melebihi. Sila ingat, " menyelam yang berjaya adalah yang anda lakukan dengan selamat dan tersenyum".
Photo kredit: www.percutianpulautioman.blogspot.com
EmoticonEmoticon